Sepanjang hidup ini, dua perkara yang paling aku gemar adalah buku, dan jam. Pantang ada wang, aku akan beli jam, ataupun buku. Jika ditanya mahu hadiah apa? aku akan jawab jam atau buku.
Aku boleh membaca berjam-jam tanpa melihat jam, aku akan pakai jam bila aku baca buku supaya aku sedar dengan waktu.
Menurut seorang pensyarah aku di UPSI dahulu (Azlan Hadi), baca cuma buku-buku ilmiah berbahasa Melayu, novel? cuma baca yg berbahasa inggeris. Jangan baca novel Melayu.
Aku turut nasihat itu. Aku cuma baca novel Bahasa Inggeris, melainkan novel Melayu karya A. Samad Said.
Sudah banyak aku catat mengenai buku, dalam blog terdahulu (http://cikgunadiah.blogspot.com/ -sudah di-private-kan!). Justeru hari ini, catatan mengenai jam pula:
1.Ada sebuah jam dinding di rumah-ku, warna coklat, setahu diri ini sudah 30 tahun(menurut cerita ibu) ia menunjuk waktu kepada kami sekeluarga. 90% imej dan kenangan zaman kanak-kanak ku melibatkan jam itu. Bentuknya empat segi, dengan corak-corak ukiran di sekeliling. Jarumnya berwarna hitam dan mengeluarkan bunyi 'tik tok' yang agak jelas terutama di waktu tengah malam.
2.Ada sebuah jam yang berbentuk seperti periuk. Hadiah dari kakakku (sempena apa lupa plak!). Dalam nya ada ilustrasi seorang ( seekor?) ibu beruang sedang masak untuk untuk anak beruang ( atau mungkin anak sedara beruang, tak pasti pula.haha). Masih baik keadaannya, dan kerana bentuknya yang seperti periuk, maka ia digantung di dapur.
Ye la, periuk kan memang kat dapur letaknya.
3.Semasa aku berusia lapan tahun, atas dasar rasa ingin tahu dan naluri inkuiri yang menggila ( wah, tak bleh blah, haha), aku telah
Pecahkan muka jam sebuah jam tangan dengan menggunakan tukul.
Aku ingat peristiwa ini sebab kaca yg pecah terpercik hampir masuk mataku.
Tapi tentulah tak kena, sebab tu la i tak buta lagi okay
*dan apa hasil eksperimen aku pecahkan muka jam itu? tiada*
4.Jam-jam hadiah dari IBU, itu yg paling aku kenang.
Semasa di tahun tiga, aku hilangkan satu jam hadiah dari ibu semasa pergi Debat Alam Sekitar di Sabah.(kesal tak habis lagi)
Semasa aku mula kerja di KMJ ini, ibu hadiahkan satu jam emas miliknya (belum hilang, takkan hilang)
Semasa ibu pulang dari Mekah (Umrah, baru-baru ini), ibu hadiahkan satu jam tangan lagi (belum hilang, takkan hilang)
Kalaulah waktu ini boleh dibeli dan diburu
Yang aku mahu cuma ke depan aku maju
Tidak ingin lagi kembali ke masa yang lalu
Supaya tidak perlu kukenal kamu, kamu dan kamu
-Nadiah-
Anacleto: Agente secreto (2015)
10 years ago