Tuesday, April 19, 2011

2010/2011~That would be ALL~~

Tamat sudah pengajian matrikulasi pelajar sesi 2010/2011. Meninggalkan kenangan yg berbagai, pahit, manis, kelat, semua ada, catatan:

Adat, pelajar gemar memberikan komen kepada pengajar, ada yang berbentuk pujian malah ada yang bersifat kritikan (membina), dan kadangkala lebih kepada mengampu. Al maklum, markah mereka di tangan siapa (atas dasarnya, bukan bermegah dengan hak). Catatan komen pelajar yg paling terkesan di hati:

1."Miss terlalu serius ketika mengajar, sila banyakkan senyum dan lebih ceria di dalam kuliah"

2."I really like your cool style while teaching"

3." Miss terlalu banyak senyum ketika mengajar"

4."Your english is too great, saya tak faham"

5."miss mengajar terlalu cepat"

6. "miss ceria ketika mengajar bab 1,2, dan 3, dan murung ketika mengajar bab 4 dan 5"

Many of it left me baffled

Some of the comment contradict one another, basically it cancels the opposing factor and restore my style to its natural state.

Catatan mengenai personaliti yg menarik perhatian:

1.Ada seorang pelajar, yg setiap hari mamakai songkok Johor ( songkok yg tinggi), setiap hari menyanyi lagu negaraku dengan penuh semangat, di barisan paling depan, segala-gala mengenai diri nya melambangkan semangat, bukan sahaja sewaktu menyanyi, malah sewaktu belajar, selalu di barisan paling depan dengan pandangan mata nya yg kadangkala buat aku risau; sebab terlalu tajam dan menikam, haha ( melambang kesungguhan belajar, tidak tidur walau sesaat dlm kuliah)

2. Ada seorang pelajar, yg setiap hari rambutnya terpacak hasil bantuan gel sekilo, duduk di barisan paling belakang, yang selalu buat aku risau kerana pandangan matanya selalu sayu (mengantuk), suaranya yg selalu sendu (mengantuk) dan notanya yg bersih berseri (mengantuk dan tidak menyalin nota).

Rakaman memori 2010/2011...that would be all~
NNCR








No comments: