1. Sepanjang aku berada Tangkak ini, tidak banyak hari hujan yang aku ingat, cuma beberapa hari yg lalu, ketika makan di sebuah restoran paling ekslusif di Tangkak ini ( haha), hujan telah turun dengan sangat lebat, disertai dengan bunyi bising yg sarat memenuhi setiap ruang dalam otakku, hasil dari hentakan kasar titisan hujan pada atap zink.
2.Aku suka menulis bila hari hujan, dan ya, aku akan tulis tentang hujan, kerna hujan adalah suatu subjek alam semulajadi yang aku rasa luas julat pentafsirannya; ia boleh jadi bala pada nelayan dan penoreh getah, jadi satu rahmat pada petani yang mahu tumbuh-tumbuhannya subur, terlalu banyak alamatnya celaka, tiada maka kontanglah dunia.
*apa-apa pun kita cuma wajib bersyukur*
3. Aku tamat pengajian pada bulan April, konvo pada bulan Ogos, dan menunggu posting dari Ogos hinggalah Disember. Sepanjang musim tengkujuh tahun 2009 aku habiskan menulis blog yg disepahkan dengan entri-entri berkenaan hujan. ( blog lama, http://cikgunadiah.blogspot.com/ sudah di-privatekan!)
4.Setiap kali turunnya hujan, aku akan tulis sesuatu mengenainya, dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Mungkin sebab aku dilahirkan pada suatu hari yang hujan sangat lebat pada bulan Disember 1986, maka aku membesar jadi seorang manusia senget yg suka hujan (haha).
Ya, menurut kajian seorang pakar psikologi, jika kamu lahir si musim tengkujuh, maka kamu akan dewasa menjadi seorang manusia pemikir yang amat kurang kata-kata dan cuma lebih reaktif di kala hujan turun.
*kajian tu tipu* (haha)
5.Hujan membawa kenangan ketika bulan puasa 2009, di hadapan rumahku ada Pasar Ramadhan, dan hujan selalu turun lebat di waktu petang, di balik tingkap, tingkat 2 rumahku, aku kasihan melihat penjaja lari bertempiaran kerana hujan, mengajarku erti syukur dengan kurniaan tuhan yg menyenangkan hidup ini!
Dalam tenang turunnya gerimis
Rupanya ada taufan yg mengguris
Dan sebenarnya kau ingin menangis
Cuma berpura pura menjadi bengis
Kesimpulan: Saya suka hujan. hehe
Anacleto: Agente secreto (2015)
10 years ago