i
dahulu, di awal menengah rendah
guru Matematik ajar
punca kuasa dua 4 jawabnya 2
punca kuasa dua -4 pula
tiada jawapan
kita terima setakat itu
dan bersetuju
kita terima setakat itu
dan bersetuju
*melainkan kamu remaja genius luarbiasa*
kemudian, menginjak setahun
tingkatan 2
diajar pula
punca kuasa 4 jawabnya 2 dan -2
punca kuasa -4
masih tinggal misteri
ii
Masuk matrikulasi
barulah tahu
imaginary, complex number, conjugates pairs
Punca kuasa dua -4 sudah ketemu
jawabannya
Diperkenalkan dengan imaginary plot, graph, line
Namun terhenti di situ
iii
Masuk universiti
Ambil complex vars
banyak lagi misteri yang terungkap
banyak lagi misteri yang terungkap
iv
Hidup juga begitu
kadangkala kita digelapkan
dengan jawapan
dibiarkan dengan persoalan
kerna belum tiba masanya
untuk kita mengetahui
v
Maka kunci mutlak
adalah kesabaran
bila tiba masanya
kau akan mengerti jua
sementara itu
hapuslah derita
dan bersabar
sahaja
p/s: mahu berhenti bertanya kenapa
1 comment:
Ya'ah...
Post a Comment