Di sebalik cerminan kegilaan dan obsesi melampau diriku terhadap dunia nombor-nombor (Matematik), sebenarnya terdapat sedikit ruang dalam jiwa ini untuk kesusasteraan.
Ruang yang makin sempit oleh keadaan yang lebih membentuk kecenderungan ke arah mempelajari semua rahsia di sebalik ilmu kira mengira yang tidak berperasaan.
Tahap kesusasteraan paling hebat pernah aku kaji adalah
KOMSAS tingkatan 4 dan 5
(boleh gelak..haha)
Tanpa sebab yang jelas, dalam himpunan bahan bahan yang dipelajari ( di tingkatan 4 dan 5 itu), satu karya yang paling aku gemari adalah drama yg bertajuk Serunai Malam.
Mengisahkan jiwa patriotik seorang anak muda yang berperang dengan desakan dari kekasih hati dan keluarga untuk membuat pilihan kerjaya.
Namun yang paling disukai tentulah lagu 'Serunai Malam' yang dinyanyikan oleh Kartina Dahari dan versi asal oleh Bing Slamet ( tidak pasti pula kewujudan versi-versi lain)
Dan baru baru ini ketika pelancaran Kelab Rukunegara Kolej, para pelajarku telah mempersembahkan sketsa 'Serunai Malam'
(Suka la cikgu nya ni..heehe)
Interlok, di sebalik semua isu yang dibangkitkan adalah bahan bacaaan aku ketika di Darjah 5 lagi
Aku terjumpa buku itu dalam almari, saiznya sebesar buku HP and The Deathly Hallows( hard cover version), kulitnya berwarna merah dan bahasa yang digunakan adalah sangat klasik
Seperti lapan dieja sebagai delapan, hancur sebagai hanchor, ke sebagai ka dsb
Aku membacanya berkali-kali setiap hari dan ada beberapa mukasurat kutanda, sebagai bahagian cerita yang paling menarik hati.
Malangnya buku itu dipinjamkan kepada seorang kawan dan tidak dipulangkan sampai sekarang
Kali kedua aku menjumpai buku itu di perpustakaan MRSM beberapa tahun kemudian
Tapi edisi yang baru otu tidak menarik minatku kerana ejaan yang digunakan sudah diperbaharuui dan moden
Anacleto: Agente secreto (2015)
10 years ago
1 comment:
dulu saya pernah berlakon drama ni masa tingkatan empat. muahaha. saya jadi safiah. & kelas kami dapat nombor 1! hihi
Post a Comment